Thursday, 20 December 2018

Doktor bangsat -begitulah ibaratnya.

          Kebanyakan doktor suka menasihatkan orang supaya menjaga makan dan minum, kesihatan dan sebagainya. Tetapi mereka gagal menurunkan harga kereta supaya mampu milik. Apa yang mereka tahu ialah merampas kereta orang lain tanpa memikirkan keperluan hidup orang lain. Ada yang sanggup menyusahkan hidup orang untuk kepentingan diri.


          Apa yang dapat dilihat sekarang ialah harga kereta masih lagi mahal. Sekali aku dah kena scam dengan orang Bank dan penjual kereta sial ni semua, termasuk doktor bangsat (dan yang ada PhD pun), aku tak akan percaya dah sesiapa dalam dunia ni. Walaupun aku dapat kereta free.


          Tutur kata doktor yang paling bangsat pernah aku dengar selama ini: dalam diam kau jadikan aku bahan ekperimen kau. Memang sial la hidup kau. 




Tuesday, 4 December 2018

Senyap seribu bahasa

Tidak perlu lagi saya menyatakan pendirian saya lagi terhadap isu harga kereta murah dan berkualiti kerana ada pihak (termasuk pihak Bank) cuba ingin mempermain2kan saya semahu2 mereka untuk kajian mereka.

Bukan mereka tidak tahu kereta itu adalah satu keperluan buat saya. Tidak perlulah saya jadi seperti mereka yang seperti menegakkan benang yang basah. Ada suatu ketika saya rasakan bahawa mereka adalah seperti katak di bawah tempurung kerena apa yang mereka lakukan untuk mengetahui apa itu harga kereta murah adalah seperti mereka tidak tahu apa2 tentang apa itu harga kereta dan kenapa saya meminta harga kereta supaya dijadikan murah.

Menahan kemarahan itu adalah suatu yang boleh dikawal. Tetapi mengawal manusia yang memang dilahirkan suka menyakitkan hati orang dan menaikkan kemarahan orang adalah menjadi trend kepada mereka2 yang memang suka merampas kebebasan orang untuk memiliki kereta yang murah dan berkualiti. Sehingga ada yang sanggup menjadi seperti hilang ingatan kerana tidak tahu apa itu maksud "kereta sambung bayar" dan mengapa kereta itu tidak dapat di"trace" oleh pihak bank.

Saya memang tidak suka dengan orang yang talam dua muka. Apalagi jika talam dua muka itu adalah orang Bank dan Telco yang memang hidup mereka seperti parasit.

Dulu ada ahli politik yang mengarahkan kunco2 mereka supaya berarak dan berpiket untuk memperjuangkan harga kereta menjadi murah - sekarang hening dan senyap seribu bahasa.



Friday, 9 November 2018

Usah kau berkirim salam melalui sesiapa pun...

Tiada kata secantik bahasa. Itulah yang saya ingin sampaikan tatkala ini.
Tidak mudah menjadi orang yang segala-serbinya diperhatikan termasuk segala tutur-kata sehingga untuk meminta apa yang sudah tertulis untuk diri sendiri pun terpaksa menghadap sembah mereka2 yang langsung tidak mempunyai hati dan perasaan apalagi mereka2 mempunyai agenda tersendiri.

Tidak perlulah saya memberi contoh yang jelas untuk segala2nya.

Hari ini 10hb November 2018. Saya berbesar hati untuk post satu puisi yang saya tulis suatu ketika dahulu kerana sinopsisnya hanya orang yang mempunyai perasaan sahaja yang dapat memahaminya. 

Mungkin saya di dalam proses untuk menjadi seorang yang berhati kering. 

" Bilaku terlintas wajahmu kurias
Tiada madah bertulis tiada berkias
Di manakah seri enggan dirias
Menjalin budi tinggi terbias

Kudakap senyuman gerimis senja
Terasa semangat di kalbu menjelma
Adakah sinaran cahaya itu sasa
Berbalam menjurus ke corong suasana

Menelah merisik menunggu jawapan
Mentafsir bingkisan setiap gumpalan
Mencari erti senyuman perawan
Menghinggap meresap di hati rupawan

Andai masa tiada berseri
Takkan bunga kembang tak jadi
Bertabur harumnya tiada bertepi
Bertepuk sebelah tangankah diri ini...."
                                                                  
Sudah terang lagi bersuluh. Ada peminat2 saya yang masih lagi terbawa2 dengan ilusi yang tidak bertepi. Lantas saya kirimkan puisi di atas untuk mereka faham. Faham bagaimana kalau minum dan makan dihidang tidak berdulang. Seperti anak orang jalanan, tiada keturunan, tiada perkenan.


Thursday, 25 October 2018

Biarlah ianya berkias...

Saya masih lagi tidak mahu menulis apa2 lagi puisi buat masa ini ataupun memberi apa2 surat kepada sesiapa lagi kerana apa yang saya tulis dan ingin sampaikan akan dimanipulasi oleh pihak2 yang mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri - ini termasuk artikel2 yg saya tulis selama ini.

Saya tidak dapat meneruskan artikel ini kerana ada satu huruf di dalam keyboard saya ini tidak berfungsi - iaitu huruf selepas "i". Ianya tidak boleh ditaip. Boleh ditekan tetapi hurufnya tidak keluar di dalam skrin.

Saya boleh saa menaip apa saa tanpa huruf itu. Tapi ianya akan adi cacat dan ada masanya sangat tidak cantik untuk dibaca oleh orang yang dikatakan mempunyai status akademik yang tinggi. Saya boleh saa edit pada bila2 masa di masa yang lain. 

Begitu uga dgn mereka2 yg sudah kehabisan dakwat untuk menulis dengan pen yang ada. Di saat idea itu datang dengan banyaknya tiada tempat hendak menulisnya pula. Begitulah dengan saya ini ibaratnya, bila saya perlukan sesuatu itu contohnya kereta, ada pihak yang mempermain2kan saya semahu2nya - sehingga saya tidak lagi rasa saya perlukan mereka2 yg pernah saya sanung selama ini.

Biarlah ianya berkias buat selama2nya.




Thursday, 18 October 2018

Meminta pada yang ada.

Saya lebih suka berterus terang yang saya memang dah jelak untuk menelefon orang apa lagi untuk menerima apa2 panggilan telefon daripada sesiapa pun. Sudah jelas saya katakan tidak ada apa lagi yang dapat saya harapkan daripada sesiapa lagi terutama daripada mereka2 dari pihak Bank dan seumpamanya yang jelas menafikan hak saya untuk mendapatkan kereta mengikut cara dan gaya hidup mereka yang mereka inginkan.

Sampai pada satu tahap jika saya menerima apa2 panggilan atau bertembung dengan sesiapa antara mereka dari Bank, saya akan cuba memutuskan hubungan dengan mereka serta merta.

Begitulah bencinya saya pada mereka dan seluruh keturunan mereka. Mungkin ada yang tak faham apa yang saya inginkan. Biarlah mereka hidup dengan penuh kepura-puraan. Saya sudah tidak ada hati lagi kepada mereka2 yang datang dari Bank dan setiap apa yang berkaitan dengan mereka.

Bak kata bait2 lirik lagu yang pernah saya minati suatu ketika dulu, "meminta pada yang ada, merindu pada yang kasih"... ianya hanya untuk orang yang penuh kepura-puraan dan materialistik.

Sudah jelas lagu itu bukan untuk saya dan tak ada kena mengena dengan saya - seluruhnya.

Tuesday, 16 October 2018

World of blockings

Whenever there are any posts which hurt the feelings of some prominent figures, there would be actions against those who post them in the social media or printed media.

Those innuendos, most of the times do not leave even a scratch mark or even damage to the reputations of those prominent figures. They live in their own world. For me, why must they (prominent figures) enter the cyber world if they themselves cannot prove that their reputations are in wreckage?

I wonder why must we live among those prominent figures in the first place. What more to recognise those members of eminent persons, so to speak.

I need a car, I do not need to become a driver to any annoying person who has ever lived (or still living) fullstop

Monday, 15 October 2018

Erti setia buat-mu?

Saya tidak dapat nak menulis panjang2 lagi kali ini kerana saya tidak mahu lagi membuatkan orang lain sedih. Tajuk di atas sahaja sudah cukup untuk membuat seseorang yang meminati saya menitiskan air mata dan sedu sedan sehingga dia tidak mungkin akan dapat menatap wajah saya kerana terlalu sedih.

Pada suatu hari pada tahun 2008 ada seorang makcik ni saya jumpa di pusat membeli belah Aeon di salah satu negeri di Malaysia ini. Beliau adalah client saya dan gaya pakaiannya sederhana sahaja dan tidak menunjuk2. Setelah mendapat barang yang dipesannya, saya terus membawanya ke tingkat atas untuk membeli sepasang kasut kerana saya lihat kasutnya terlalu kusam dan saya ada sedikit duit komisen. Apa lah salahnya kalau saya belanja makcik, kata saya dalam hati saya. 

Setelah saya mempelawanya untuk minum petang, makcik tu bersetuju untuk saya membelikan sepasang kasut. Saya tidak tahu apa saiz kasutnya kerana kasutnya macam yang tak ada brand: sangat kusam dan saya tak nampak apa2 tulisan yang menggambarkan brand-nya. Rupa2nya kasutnya bersaiz 5. Saya membawanya ke tempat promosi kasut dan beliau memilih kasut yang dirasakan sesuai untuknya. Memang kena dengan bajunya waktu itu dengan kasut baru itu. 

Beliau sangat suka bila saya berkata itulah kasut yang paling cantik pernah saya lihat yang comel dan bersaiz kecil macam itu. Siap ada heel lagi dalam 2.5inci. Makcik tu cakap masa waktu muda beliau memang kerap memakai high heel waktu bekerja dan di majlis keramaian. Entah macammana makcik itu berseloroh dengan berkata: "Tak pernah orang hadiahkan makcik sepasang kasut macam ni. Daripada makcik anak dara sampai makcik dah bercucu, makcik tak pernah dapat sepasang kasut pun dari sesiapa."

Tiba-tiba saya lihat air mata makcik itu mengalir macam tak dapat ditahan2 lagi. Saya terus mendapatkan sehelai tisu untuk mengesat air matanya. Sebak betul saya lihat keadaannya sebegitu. Saya tak sanggup nak bertanya kenapa. Lama juga saya menemankan beliau melayan perasaannya menangis teresak2 akhirnya beliau bercerita satu cerita yang saya sendiri pun sangat terkejut dan sedih tak tertahan lagi. Tapi cara makcik tu bercerita lagi sedih sampai saya rasa saya sudah mengenali makcik tu selama hidup saya. 

Makcik itu berkias. Beliau mengatakan bahawa pada suatu majlis hari jadi kawan baiknya, suaminya telah menghadiahkan sepasang kasut kepada kawan baiknya itu berharga RM1,500.00 tanpa pengetahuannya. Katanya: "Makcik tak kisah kalau dia nak belikan kasut untuk orang lain, tapi kenapa nak jaja kepada semua orang yang dia beli hadiah kepada kawan baik makcik sendiri sedangkan dia tak pernah belikan makcik apa2 pun selama hidup makcik. Sedikitpun suami makcik tak pernah jaga perasaan makcik ni... kalau anak lihat kasut buruk yang makcik pakai ni, itulah simboliknya makcik nak bagitau yang makcik tak pernah mintak apa2 daripada suami dan anak2 makcik. Makcik nak mereka faham yang makcik taknak apa2 daripada mereka semua. Hanya yang makcik minta ialah tolong-lah jaga hati dan perasaan makcik. Sebagaimana kusamnya kasut makcik ni, macam tu lah mereka buat kepada makcik: seperti orang yang tak layak untuk diberi apa2 hadiah pun. Mereka hanya melebihkan orang lain daripada makcik."

[Saya tak sanggup nak menulis panjang2 lagi sebab bagi saya, apalah erti hidup makcik itu jika suaminya sendiri tidak faham dan tidak menjaga hati dan perasaannya. Mungkin saya tersilap membelikan hadiah untuk makcik itu dan menyentuh perasaannya.]

Tetapi saya tak akan pernah tersilap untuk menitiskan air mata untuk orang yang sangat menyayangi saya. Zahir hilang di hati, tetap cinta.

Ethics

Some people might be surprised when I did not want to reply greetings from a banker when I closed my banking account in a bank (no need to m...