Thursday, 9 August 2018

Pandangan mata.

Saya menulis kerana saya minat. Saya minat untuk menulis bukan bermakna ada pihak yang terlalu keras meng"hypnotise" saya apa yang perlu saya tulis dan luahkan segala apa yang terbuku di dalam hati saya.

Namun ada pihak yang memang cuba mencari jalan cerita dan skrip drama murahan yang saya tidak boleh terima sama sekali. Orang jenis yang macam tu adalah ahli psychology dan "pencacai" yang tidak sepatutnya wujud dalam hidup saya.

Ramai orang yang perasan dirinya cantik dan perfect. Tidak boleh dipandang dan disentuh. Tidak boleh ditegur dan tidak boleh langsung diminati.

Mungkin saya tersalah anggap yang semua orang mempunyai hati dan perasaan. Saya silap selama hidup saya menyatakan yang orang adalah sama iaitu mempunyai hati dan perasaan. Sesungguhnya saya memang silap dengan menyatakan semua orang mempunyai hati dan perasaan. Tidak saya nafikan yang mereka pun manusia tetapi lebih baik saya berdiam diri sahaja dan terus berdiam diri sahaja serta berjalan ke mana saja yang saya suka tanpa mempedulikan hati dan perasaan orang. Bukannya saya dapat RM2.6b pun dalam tangan saya.

Saya mula benci kepada orang yang perasan dirinya cantik dan perfect. Dan orang  yang memandang orang lain sebagai manusia yang hina sehina-hinanya.

Suatu hari nanti saya harap saya tidak akan menulis dan memandang kepada sesiapa lagi manusia yang sungguh menjengkelkan di mata dan pemahaman saya. Selama-lamanya.

P/S: Suatu hari nanti kamu semua akan tahu kenapa saya sangat benci kepada orang yang sangat menjengkelkan di mata saya. Orang yang cantik tetap akan cantik. Tidak bermakna saya memandang berkali2 saya suka dan minat kepadanya. Mencarut itu bukan di dalam kamus hidup saya tetapi perkataan2 itu ada di dalam senarai kamus saya. Saya tidak berkenan untuk menggunakannya. 

No comments:

Post a Comment

Ethics

Some people might be surprised when I did not want to reply greetings from a banker when I closed my banking account in a bank (no need to m...