Tuesday, 4 December 2018

Senyap seribu bahasa

Tidak perlu lagi saya menyatakan pendirian saya lagi terhadap isu harga kereta murah dan berkualiti kerana ada pihak (termasuk pihak Bank) cuba ingin mempermain2kan saya semahu2 mereka untuk kajian mereka.

Bukan mereka tidak tahu kereta itu adalah satu keperluan buat saya. Tidak perlulah saya jadi seperti mereka yang seperti menegakkan benang yang basah. Ada suatu ketika saya rasakan bahawa mereka adalah seperti katak di bawah tempurung kerena apa yang mereka lakukan untuk mengetahui apa itu harga kereta murah adalah seperti mereka tidak tahu apa2 tentang apa itu harga kereta dan kenapa saya meminta harga kereta supaya dijadikan murah.

Menahan kemarahan itu adalah suatu yang boleh dikawal. Tetapi mengawal manusia yang memang dilahirkan suka menyakitkan hati orang dan menaikkan kemarahan orang adalah menjadi trend kepada mereka2 yang memang suka merampas kebebasan orang untuk memiliki kereta yang murah dan berkualiti. Sehingga ada yang sanggup menjadi seperti hilang ingatan kerana tidak tahu apa itu maksud "kereta sambung bayar" dan mengapa kereta itu tidak dapat di"trace" oleh pihak bank.

Saya memang tidak suka dengan orang yang talam dua muka. Apalagi jika talam dua muka itu adalah orang Bank dan Telco yang memang hidup mereka seperti parasit.

Dulu ada ahli politik yang mengarahkan kunco2 mereka supaya berarak dan berpiket untuk memperjuangkan harga kereta menjadi murah - sekarang hening dan senyap seribu bahasa.



No comments:

Post a Comment

Ethics

Some people might be surprised when I did not want to reply greetings from a banker when I closed my banking account in a bank (no need to m...