Sunday, 5 May 2019

Berbezakah santapan anda?

Dari manusia dilahirkan, apabila makan ia akan disuap. Menyuap orang yang tersayang tidak seperti menyuap bayi atau budak kecil apabila manusia itu sudah dewasa. Ada manusia yang tidak mahu lagi disuap kerana ia sudah tidak sayang kepada orang yang pernah menyuapnya makanan atas sebab2 yang dia sendiri faham.

Tiada siapa yang pernah faham perasaan orang yang pernah menyuap anda makan sejak dari kecil sehingga anda menjadi dewasa. Anda telah mempersia2kan hidup mereka apa lagi memperlekeh2kan mereka. Mungkin benarlah bak kata pepatah Melayu yang tidak asing lagi "seperti kacang lupakan kulit". Malah ada yang membuang terus orang yang pernah menyuapkan mereka dari kecil kerana berasa sudah kaya dan megah dengan kemewahan serta tidak setaraf dengan mereka. Ada yang berasa malu dengan kehadiran orang yang pernah menyayangi mereka.

Dalam kita menyambut Bulan Puasa ini, ada keluarga yang berkumpul sesama mereka pada hari pertama Ramadhan. Mereka tak pernah berasa kehilangan semenjak dari mereka lahir. Mungkin mereka rasa mereka tidak akan pernah kehilangan orang yang sangat2 mereka sayangi. Mereka masih lagi hidup dalam kegembiraan. Namun apabila mereka berkumpul, ada antara anak menantu dan anak2 mereka sendiri tidak pernah tanya tentang atap rumah, dapur dan kelengkapan rumah ibu bapa mereka yang sudah rosak dan perlu diganti.

Ada menantu kesayangan mereka dalam diam mendoakan agar ibu bapa mereka cepat kembali bertemu Tuhan supaya mereka dapat merampas harta benda, tanah serta saham yang bernilai jutaan malah billion ringgit dan dollar. Memang ada manusia yang memang dilahirkan hanya inginkan duit dan material supaya tidak akan susah lagi di kemudian hari. Apakah perasaan anda sebagai ibu bapa apabila ada anak serta menantu kesayangan anda mendoakan agar anda mati dengan kadar segera supaya mereka dapat membolot harta dengan kadar segera. Tidak kira apa bangsa anda, dalam bulan Ramadhan ini anda akan berasa sangat2 sedih yang anda sendiri tidak menyangka anda akan menangis teresak2 kerana anda membaca atau mendapat tahu sesuatu perkara yang sangat menyentuh hati anda.

Tidak perlulah saya menulis panjang2 lagi kerana anda sendiri akan melalui hari2 yang anda sendiri tidak akan dapat menahan air mata anda mengalir seperti air hujan yang tidak boleh ditahan2 lagi. Anda akan menulis sendiri nanti apa yang anda rasa dan alami sehingga anda tidak sanggup untuk berkongsi dengan sesiapapun.

Saya selalu diingatkan dari kecil supaya sentiasa bersyukur. Bersyukur kerana mempunyai ayah dan ibu kerana ada manusia yang dilahirkan tidak pernah kenal siapa ibu bapa mereka malah tidak pernah tahu yang ibu bapa mereka pernah wujud untuk menyambut kelahiran mereka apa lagi menyuap mereka makan seperti orang lain.

Berbezakah santapan anda mulai hari ini?







No comments:

Post a Comment

Ethics

Some people might be surprised when I did not want to reply greetings from a banker when I closed my banking account in a bank (no need to m...