Kau Muzik yang tak terdendang
========================
Ku mencari setiap benua
Menggarap hasrat terbuka jua
Kemasan menjadi bingkisannya
Ke mana harum menjelma ia
Kurungkai setiap amatan menghidup
Kusangkakan angin meniup
Tiada sungai airnya sepi dihirup
Hasil meniti di tepi kali tertutup
Nafas menghembus tika berliku
Ku hela semangat kulihat azimat berkalbu
Menggalas setiap seteru
Tiada jemu tiada kutemu
Bergema lunak suara hati
Mencari puisi sang teruna pertiwi
Merenung ke dalam hati sunyi
Tiada sangsi tersenyum sendiri.
Soalan:
*********
1) Apakah yang dimaksudkan dengan bait-bait puisi yang cuba disampaikan oleh penyair ini?
2) Mengapakah muzik itu perlu hadir tatkala penyair cuba mendendangkan puisinya?
3) Mengapa penyair merenung ke dalam hati sunyi dan apakah yang mendorong penyair mencari puisi itu?
4) Pada pendapat anda, berapakah harga untuk puisi ini sekiranya dapat dinilaikan syairnya dan di negeri manakah syair ini boleh dirungkaikan maksud tersirat syair di atas.
5) Anda boleh membaca syair ini di dalam versi anda. Mungkin ada suara yang sangat sedap boleh mendendangkannya.
No comments:
Post a Comment