Seluruh cintamu mengusik kalbu
Tak terungkap kata manis serimu
Menghembus bait seindah lagu*
Mersik suara tiada seteru.
Kugenggam azimatmu tidak terperi
Gugusan kasihmu tiada ganti
Mencabar segala sanubari
Mengapakah dikau tetap di hati.
Kekasih hati sungguh menenteram
Udara sepoi dihirup di pinggir jeram
Kau kukasihi bak benih yang ditanam
Seperti kehidupan
ada yang putih dan hitam.
Berserilah pawana mistik kita
Tiada bersanggah dunia kita
Lembut bicara berbudi kita
Tiada yang dapat menandingi kita.
*Pencipta lagu hanya akan mencipta lagu dan hanya akan memberikan lagu itu kepada penyanyi yang diminati olehnya dan boleh menyanyikan lagunya walaupun lagu itu dinyanyikan untuk pencipta lagu itu seorang sahaja, sebegitu romantik.
No comments:
Post a Comment