Saturday, 2 June 2018

Being forced to be thankful isn't the same with sincere thankfulness.

Duit Raya berasaskan BR1M
======================
Dalam keghairahan mereka2 yang baru masuk ke pejabat baru kerana telah menang PRU-14, mereka perlu ingat bahawa ada rakyat yang tidak pernah dapat duit raya dari sesiapapun dan mereka bukan jenis yang suka meminta2. Walaupun mereka miskin dan papa kedana, ada antara mereka yang tidak pernah menyuarakan hasrat mereka untuk dapat duit raya dengan menjelajah ke rumah2 orang dan tempat2 ibadah.
Ada antara mereka yang memerlukan duit sebelum perayaan itu tiba untuk diri mereka sendiri namun mereka2 yang telah menang PRU-14 mungkin beranggapan bahawa mereka2 yang tidak pernah isi borang bantuan dan meminta2 di pintu2 rumah dan tempat ibadat dan kaki-lima tidak perlukan wang.
Saya masih lagi hairan kenapa gaji menteri2 dan pegawai2 kanan kerajaan yang akan ditolak 10% dianggap sebagai suatu perkara yang murni dan mesra rakyat sedangkan gaji CEO Bank dan Pegawai2 Kanan Bank masih lagi tinggi dan ada antara mereka tidak langsung berfikir bagaimana untuk menghapuskan hutang2 yang telah mencecah RM1 Trillion.
Saya mungkin sinis, tetapi saya lebih suka menyatakan bahawa duit dalam tangan orang memang tak akan ke mana kerana orang yang memerlukannya sudah putus asa meminta2 dan masih lagi hidup dalam keadaan yang tidak diingininya.
Berserah supaya bersyukur itu tidak sama dengan dipaksa bersyukur.

P/S: Wealthy people are so pathetic sometimes. Most of the times they are too arrogant. 

No comments:

Post a Comment

Ethics

Some people might be surprised when I did not want to reply greetings from a banker when I closed my banking account in a bank (no need to m...