Begitu ramai sasterawan negara yang telah ditauliahkan di dalam dan di luar negara. Namun, adakah mereka ini memberi kesan yang mendalam atau dapat memberi sumbangan kepada pembentukan sahsiah manusia sejagat?
Ada ramai orang yang berkata bersastera ini hanya membazir masa.
Tapi jikalau membazir masa mengapa pula ada pihak yang mengtauliah mereka?
Walaupun begitu, saya ucapkan tahniah kepada sasterawan2 negara yang telah dinobatkan sebagai ikon untuk dicontohi bukan kerana untuk mendapat tauliah, tetapi lebih dari itu untuk memberi impak yang besar kepada para pembaca dan rakyat sejagat.
-------------------------
Di bawah ini adalah nukilan saya untuk mereka2 yang sentiasa mengikuti perkembangan saya dari pelbagai pihak termasuk Bank yang sangat menjengkelkan dan C-TOS dan agensi kredit yang lain yang sangat2 suka mengaibkan orang lain dengan cara mereka yang rakus dan menyakitkan hati rakyat - yang memberi kegusaran yang melampau sehingga mengganggu emosi dan prestasi orang lain.
Semoga puisi saya di bawah ini sampai maksudnya kepada orang yang sangat menginginkan kelainan dari segi stanza dan penyampaian maksud yang tersirat di dalamnya. Saya menerima segala kritikan dan pandangan daripada sesiapun. Semoga bermanfaat.
Terkesima suara ura sang bangau
Terjemah sundra pipit serantau
Tujuh lautan menghujung menggalau
Tinggi seriau tenang sungguh si kerbau
Duduk bersimpuh di laman hening
Menanti sepi terbit sebening
Langkah bertampi susuk bersereng
Segi berpasir hamparan berbenteng
Mendulang emas jangan memesan
Tiada ketulan timbul di tangan
Sirih berurat dilipat ditelan
Bagai serindit tiada berbesan
Indah pusaka seri muka
Pandan berbau enak rasanya
Hati berkenan sungguh dirawa
Menggunung emas tiada tandingnya
Dipersembahkan jarum berbenang
Kemas ditekad sulaman berkenang
Harumlah ia tiada berkurang
Zaman berzaman disebut orang.
NB: Seperti biasa saya suka sekiranya puisi saya ini dideklamasikan di dalam bentuk syair kerana irama dan lagu takkan dapat dipisahkan. Di dalam stanza 3 saya menggunakan perkataan seperti 'serindit' dan 'tiada berbesan' kerana ada maksud tersirat di dalamnya untuk mereka2 yang faham akan erti sebenar di dalam Bahasa Melayu, kita tidak boleh memerli orang lain dengan nama yang tidak disukainya. Namun 'serindit' ialah kategori binatang yang enak bunyinya untuk didengar dan 'tiada berbesan' itu dalam maksudnya kepada mereka2 yang tidak pernah tahu akan kewujudan besan2 mereka.
Maafkan saya jika syair saya kali ini menyentuh perasaan orang yang selama ini sangat2 menyayangi saya dan penulisan saya. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi mengikuti perkembangan penulisan saya.
Mohon diberi tajuk kepada puisi saya ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ethics
Some people might be surprised when I did not want to reply greetings from a banker when I closed my banking account in a bank (no need to m...
-
I have a story about a watch. Many rich people have in their possessions watches of different brands to denote their status and position in ...
-
We enter an episode of another tiring and exhausting temptations to achieve a high income nation. Nevertheless, regards never been had reg...
-
In any democratic country the norm is that the most popular leaders are elected in the election under review. Begun has the day that electo...
No comments:
Post a Comment