Satu penghinaan atau satu pendidikan?
===============================
Untuk belajar ke menara gading adalah menjadi satu sebab mengapa terdapat ramai para pekerja dan mereka2 yang tidak bekerja kerana ingin mendapatkan kerja yang lebih bagus dan mendatangkan hasil) berminat untuk menyambung pengajiannya.
Namun, atas sebab kekangan kewangan dan juga para pekerja Universiti yang tidak berminat untuk menerima para pelajar yang mereka anggap tiada masa depan (dari segi kewangan dan kemajuan akademik), ramai yang berkelayakan tidak dapat meneruskan pengajian mereka.
Mungkin meritokrasi tidak pernah wujud di dalam kalangan mereka2 yang bekerja di Universiti2 tersebut kerana terlalu ramai para graduan juga dapat diterjemahkan sebagai berstatus menganggur saban tahun. Mereka yang tidak bekerja akan terus dianggap malas.
Bukankah malas juga wujud di kalangan mereka2 yang sedang bekerja macam nak rak juga? (cth: melambatkan gaji para pekerja dan claim2 para pekerja dan pangkat mereka sehingga ada yang bertikam lidah dan memalukan diri sendiri).
Terdapat satu Universiti ini dikhaskan untuk mereka2 yang bekerja sahaja; seolah2 mereka tidak mendapat dana untuk menerima para pelajar yang ingin meningkatkan kerjaya mereka. Tidak perlu lah saya sebutkan nama Universiti tersebut kerana kuasa mereka lebih kuat untuk menidakkan pengambilan pelajar yang dianggap tidak mendatangkan hasil kepada mereka. Mereka lebih gemar menyimpan dan menyara pekerja2 mereka yang seperti "dibuang mati emak, ditelan mati bapak itu". Hanya mereka2 yang faham sahaja akan bersetuju dengan statement saya.
Akhirnya, mereka2 yang "bertakhta" di dalam Universiti tersebut masih lagi menyandang jawatan mereka dan masih lagi mencari pelajar2 baru yang boleh mereka "tarah" duit mereka secara yang mereka inginkan.
Siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Namun, terlalu ramai sangat "makcik2 bawang" dan "si kitol" dalam sistem pendidikan yang tidak memberi manfaat kepada para pelajar yang saban hari tertekan dengan duit yang tidak pernah cukup di samping keperluan yang mendesak seperti kereta yang murah dan berkualiti, makanan yang sedap2 dan berkhasiat (KFC dan McD, Pizza n Secret Recepi dll yang tidak berkhasiat pun harganya mahal kan?) dan kebebasan untuk mencari tutor atau akses kepada buku2 yang berkualiti dan terkini (updated).
Saya masih ingat lagi, seorang Pensyarah itu adalah merupakan seorang pemudah cara (Facilitator).
Apakah pula fungsi kerani pejabat, pegawai bank dan pemungut hutang yang menjengkelkan di Universiti? Atau mereka wujud sekadar untuk melepaskan batuk di tangga sahaja.
Dan saya sangat sinis.
P/S: What a boring situation when you know you can get a car, but then those annoying people who have nothing to do with your life, wish to get the car because they know you are so poor and cannot even afford to pay for your study fees. We have full sets of annoying people right upon the time you enter the Registration office in the University.
No comments:
Post a Comment