Monday, 16 July 2018

Puisi yang tidak diberi tajuk

Ada satu puisi yang saya telah berikan kepada seseorang untuk diberi tajuk. Namun puisi tersebut tidak bertajuk - iaitu tajuk yang saya inginkan dari seseorang itu.

Dan orang itu telah tiada lagi di dalam dunia ini. Orang yang telah pergi meninggalkan kita tidak mungkin akan kembali secara fizikal dan hakiki alami ini. Namun sering kita akan dapati ia berada dekat di samping kita. Sangat dekat sehingga ada masa-masanya setiap jawapan yang kita inginkan darinya ingin disampaikan secara yang tidak dapat ditulis oleh sesiapa kecuali orang yang tertentu sahaja.
Memuja seseorang setelah ketiadaannya tidaklah mudah. Begitu juga dipuja oleh orang yang telah pergi untuk selama-lamanya.

Adakah kita akan dikatakan berfantasi jika sedemikian situasinya? Jujur saya katakan setiap apa yang ingin disampaikan oleh orang yang telah pergi buat selama-lamanya akan tetap wujud. Cuma penerimaan kita samada mampu atau tidak untuk mentafsirkan keabstrakannya.


Semoga tidak kita menafikan kewujudan orang yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Sehingga sekarang saya tidak dapat lagi apakah tajuk puisi yang ingin dinamakan oleh yang telah pergi itu (sekiranya puisi itu sempat sampai kepadanya semasa hayatnya kerana saya telah memberi puisi itu kepada seseorang yang lain yang sangat mengenalinya sebelum pemergiannya).

Hanya lagu yang baik-baik dan puisi yang indah akan sentiasa harmoni. Betullah kata mereka, irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Dan ada kala air mata itu mengalir sehingga tidak boleh ditahan-tahan lagi.

Al-Fatihah.


No comments:

Post a Comment

Ethics

Some people might be surprised when I did not want to reply greetings from a banker when I closed my banking account in a bank (no need to m...