Thursday, 25 October 2018

Biarlah ianya berkias...

Saya masih lagi tidak mahu menulis apa2 lagi puisi buat masa ini ataupun memberi apa2 surat kepada sesiapa lagi kerana apa yang saya tulis dan ingin sampaikan akan dimanipulasi oleh pihak2 yang mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri - ini termasuk artikel2 yg saya tulis selama ini.

Saya tidak dapat meneruskan artikel ini kerana ada satu huruf di dalam keyboard saya ini tidak berfungsi - iaitu huruf selepas "i". Ianya tidak boleh ditaip. Boleh ditekan tetapi hurufnya tidak keluar di dalam skrin.

Saya boleh saa menaip apa saa tanpa huruf itu. Tapi ianya akan adi cacat dan ada masanya sangat tidak cantik untuk dibaca oleh orang yang dikatakan mempunyai status akademik yang tinggi. Saya boleh saa edit pada bila2 masa di masa yang lain. 

Begitu uga dgn mereka2 yg sudah kehabisan dakwat untuk menulis dengan pen yang ada. Di saat idea itu datang dengan banyaknya tiada tempat hendak menulisnya pula. Begitulah dengan saya ini ibaratnya, bila saya perlukan sesuatu itu contohnya kereta, ada pihak yang mempermain2kan saya semahu2nya - sehingga saya tidak lagi rasa saya perlukan mereka2 yg pernah saya sanung selama ini.

Biarlah ianya berkias buat selama2nya.




Thursday, 18 October 2018

Meminta pada yang ada.

Saya lebih suka berterus terang yang saya memang dah jelak untuk menelefon orang apa lagi untuk menerima apa2 panggilan telefon daripada sesiapa pun. Sudah jelas saya katakan tidak ada apa lagi yang dapat saya harapkan daripada sesiapa lagi terutama daripada mereka2 dari pihak Bank dan seumpamanya yang jelas menafikan hak saya untuk mendapatkan kereta mengikut cara dan gaya hidup mereka yang mereka inginkan.

Sampai pada satu tahap jika saya menerima apa2 panggilan atau bertembung dengan sesiapa antara mereka dari Bank, saya akan cuba memutuskan hubungan dengan mereka serta merta.

Begitulah bencinya saya pada mereka dan seluruh keturunan mereka. Mungkin ada yang tak faham apa yang saya inginkan. Biarlah mereka hidup dengan penuh kepura-puraan. Saya sudah tidak ada hati lagi kepada mereka2 yang datang dari Bank dan setiap apa yang berkaitan dengan mereka.

Bak kata bait2 lirik lagu yang pernah saya minati suatu ketika dulu, "meminta pada yang ada, merindu pada yang kasih"... ianya hanya untuk orang yang penuh kepura-puraan dan materialistik.

Sudah jelas lagu itu bukan untuk saya dan tak ada kena mengena dengan saya - seluruhnya.

Tuesday, 16 October 2018

World of blockings

Whenever there are any posts which hurt the feelings of some prominent figures, there would be actions against those who post them in the social media or printed media.

Those innuendos, most of the times do not leave even a scratch mark or even damage to the reputations of those prominent figures. They live in their own world. For me, why must they (prominent figures) enter the cyber world if they themselves cannot prove that their reputations are in wreckage?

I wonder why must we live among those prominent figures in the first place. What more to recognise those members of eminent persons, so to speak.

I need a car, I do not need to become a driver to any annoying person who has ever lived (or still living) fullstop

Monday, 15 October 2018

Erti setia buat-mu?

Saya tidak dapat nak menulis panjang2 lagi kali ini kerana saya tidak mahu lagi membuatkan orang lain sedih. Tajuk di atas sahaja sudah cukup untuk membuat seseorang yang meminati saya menitiskan air mata dan sedu sedan sehingga dia tidak mungkin akan dapat menatap wajah saya kerana terlalu sedih.

Pada suatu hari pada tahun 2008 ada seorang makcik ni saya jumpa di pusat membeli belah Aeon di salah satu negeri di Malaysia ini. Beliau adalah client saya dan gaya pakaiannya sederhana sahaja dan tidak menunjuk2. Setelah mendapat barang yang dipesannya, saya terus membawanya ke tingkat atas untuk membeli sepasang kasut kerana saya lihat kasutnya terlalu kusam dan saya ada sedikit duit komisen. Apa lah salahnya kalau saya belanja makcik, kata saya dalam hati saya. 

Setelah saya mempelawanya untuk minum petang, makcik tu bersetuju untuk saya membelikan sepasang kasut. Saya tidak tahu apa saiz kasutnya kerana kasutnya macam yang tak ada brand: sangat kusam dan saya tak nampak apa2 tulisan yang menggambarkan brand-nya. Rupa2nya kasutnya bersaiz 5. Saya membawanya ke tempat promosi kasut dan beliau memilih kasut yang dirasakan sesuai untuknya. Memang kena dengan bajunya waktu itu dengan kasut baru itu. 

Beliau sangat suka bila saya berkata itulah kasut yang paling cantik pernah saya lihat yang comel dan bersaiz kecil macam itu. Siap ada heel lagi dalam 2.5inci. Makcik tu cakap masa waktu muda beliau memang kerap memakai high heel waktu bekerja dan di majlis keramaian. Entah macammana makcik itu berseloroh dengan berkata: "Tak pernah orang hadiahkan makcik sepasang kasut macam ni. Daripada makcik anak dara sampai makcik dah bercucu, makcik tak pernah dapat sepasang kasut pun dari sesiapa."

Tiba-tiba saya lihat air mata makcik itu mengalir macam tak dapat ditahan2 lagi. Saya terus mendapatkan sehelai tisu untuk mengesat air matanya. Sebak betul saya lihat keadaannya sebegitu. Saya tak sanggup nak bertanya kenapa. Lama juga saya menemankan beliau melayan perasaannya menangis teresak2 akhirnya beliau bercerita satu cerita yang saya sendiri pun sangat terkejut dan sedih tak tertahan lagi. Tapi cara makcik tu bercerita lagi sedih sampai saya rasa saya sudah mengenali makcik tu selama hidup saya. 

Makcik itu berkias. Beliau mengatakan bahawa pada suatu majlis hari jadi kawan baiknya, suaminya telah menghadiahkan sepasang kasut kepada kawan baiknya itu berharga RM1,500.00 tanpa pengetahuannya. Katanya: "Makcik tak kisah kalau dia nak belikan kasut untuk orang lain, tapi kenapa nak jaja kepada semua orang yang dia beli hadiah kepada kawan baik makcik sendiri sedangkan dia tak pernah belikan makcik apa2 pun selama hidup makcik. Sedikitpun suami makcik tak pernah jaga perasaan makcik ni... kalau anak lihat kasut buruk yang makcik pakai ni, itulah simboliknya makcik nak bagitau yang makcik tak pernah mintak apa2 daripada suami dan anak2 makcik. Makcik nak mereka faham yang makcik taknak apa2 daripada mereka semua. Hanya yang makcik minta ialah tolong-lah jaga hati dan perasaan makcik. Sebagaimana kusamnya kasut makcik ni, macam tu lah mereka buat kepada makcik: seperti orang yang tak layak untuk diberi apa2 hadiah pun. Mereka hanya melebihkan orang lain daripada makcik."

[Saya tak sanggup nak menulis panjang2 lagi sebab bagi saya, apalah erti hidup makcik itu jika suaminya sendiri tidak faham dan tidak menjaga hati dan perasaannya. Mungkin saya tersilap membelikan hadiah untuk makcik itu dan menyentuh perasaannya.]

Tetapi saya tak akan pernah tersilap untuk menitiskan air mata untuk orang yang sangat menyayangi saya. Zahir hilang di hati, tetap cinta.

Thursday, 11 October 2018

Bernilaikah Mahkota-mu?

Saya suka menulis. Terdapat kata2 saya yang terus menusuk ke dalam kalbu pembaca2 dan peminat2 saya. Saya tidak suka memberikan harapan dan janji2 manis kepada sesiapa yang meminati saya apalagi kepada mereka2 yang membenci saya. 

Ada seorang PM yang menyatakan yang beliau perlukan lebih daripada 24 jam dalam sehari untuk bekerja dan lain2. Seolah2 masa dan semua yang ada di dalamnya adalah miliknya yang mutlak. Terdapat pekerja yang dibayar gaji mengikut jam. Beliau terlupa barangkali bahawa terdapat juga manusia yang tidak perlu bekerja mengikut jam untuk mendapatkan hasil. 

Tatkala semua orang mengejar masa, ada ketika masa itu terlepas begitu sahaja, menghanyutkan moment untuk mendampingi orang yang sangat disayanginya sehingga terpaksa melepaskannya walau segunung emas atau mahkota kerajaan dipertaruhkan.

Sudah saya katakan, ada peminat2 saya akan tetap menangis teresak2 bila membaca tulisan saya kerana mereka sahaja yang faham apa yang saya ingin sampaikan. Bila orang yang kita sayang sudah tidak ada lagi di depan mata atau lenyap ditelan masa, apakah segala wang dan kekayaan itu dapat menggantikannya?

Bak kata orang, patah tumbuh, hilang akan berganti. Ya, memang betul perumpamaan itu. Tapi cuba bayangkan betapa seksanya batin seseorang itu untuk menyayangi seseorang yang tidak pernah wujud? 

Iaitu orang yang tak pernah wujud untuk membahagiakannya.

Saya ingin bertanya, andai rindu itu berharga, berapakah nilainya?  

Thursday, 4 October 2018

Kau tak akan pernah fahami aku.

Entah bagaimana hati ini tidak mahu berhenti memberi gambaran yang jelas kepada peminat2 saya (tidak termasuk mereka2 yang terdiri daripada Bank dan Telco) berkenaan dengan apa yang saya maksudkan dengan citarasa saya.


Memang semua orang ada citarasa tersendiri. Citarasa yang bukan kita cipta sendiri tetapi datang dari pemerhatian serta minat yang mendalam terhadap sesuatu itu. Memang saya tidak nafikan kalau seseorang itu sangat menyukai sesuatu itu, ia akan mencari jalan untuk mendapatkannya. Sebaliknya, sekiranya ia tidak suka kepada sesuatu itu, ia akan berpaling. Contoh yang paling jelas ialah kalau saya mempunyai sebatang pen murah dan tidak berkualiti, sudah pasti saya akan meninggalkan pen itu bila saya sudah mendapat sebatang pen yang lebih baik.

Suatu ketika dahulu, saya pernah beritahu kepada seseorang yang sangat saya sayang bahawa "tulisan seseorang itu akan bergantung kepada jenis dan kualiti pen yang digunakan". Orang itu sudah tidak ada lagi di dalam dunia ini.


Saya tidak mahu menulis cerita sedih2 dan menyayat hati tetapi ada peminat2 saya tetap akan menangis dan sedu sedan setiap kali saya menulis seolah2 kata2 saya menyentuh setiap sudut hidup mereka. 

Apakah perlu saya menjadi sebahagian daripada hidup mereka? 



Ethics

Some people might be surprised when I did not want to reply greetings from a banker when I closed my banking account in a bank (no need to m...