Thursday, 4 October 2018

Kau tak akan pernah fahami aku.

Entah bagaimana hati ini tidak mahu berhenti memberi gambaran yang jelas kepada peminat2 saya (tidak termasuk mereka2 yang terdiri daripada Bank dan Telco) berkenaan dengan apa yang saya maksudkan dengan citarasa saya.


Memang semua orang ada citarasa tersendiri. Citarasa yang bukan kita cipta sendiri tetapi datang dari pemerhatian serta minat yang mendalam terhadap sesuatu itu. Memang saya tidak nafikan kalau seseorang itu sangat menyukai sesuatu itu, ia akan mencari jalan untuk mendapatkannya. Sebaliknya, sekiranya ia tidak suka kepada sesuatu itu, ia akan berpaling. Contoh yang paling jelas ialah kalau saya mempunyai sebatang pen murah dan tidak berkualiti, sudah pasti saya akan meninggalkan pen itu bila saya sudah mendapat sebatang pen yang lebih baik.

Suatu ketika dahulu, saya pernah beritahu kepada seseorang yang sangat saya sayang bahawa "tulisan seseorang itu akan bergantung kepada jenis dan kualiti pen yang digunakan". Orang itu sudah tidak ada lagi di dalam dunia ini.


Saya tidak mahu menulis cerita sedih2 dan menyayat hati tetapi ada peminat2 saya tetap akan menangis dan sedu sedan setiap kali saya menulis seolah2 kata2 saya menyentuh setiap sudut hidup mereka. 

Apakah perlu saya menjadi sebahagian daripada hidup mereka? 



No comments:

Post a Comment

Ethics

Some people might be surprised when I did not want to reply greetings from a banker when I closed my banking account in a bank (no need to m...