Monday, 15 October 2018

Erti setia buat-mu?

Saya tidak dapat nak menulis panjang2 lagi kali ini kerana saya tidak mahu lagi membuatkan orang lain sedih. Tajuk di atas sahaja sudah cukup untuk membuat seseorang yang meminati saya menitiskan air mata dan sedu sedan sehingga dia tidak mungkin akan dapat menatap wajah saya kerana terlalu sedih.

Pada suatu hari pada tahun 2008 ada seorang makcik ni saya jumpa di pusat membeli belah Aeon di salah satu negeri di Malaysia ini. Beliau adalah client saya dan gaya pakaiannya sederhana sahaja dan tidak menunjuk2. Setelah mendapat barang yang dipesannya, saya terus membawanya ke tingkat atas untuk membeli sepasang kasut kerana saya lihat kasutnya terlalu kusam dan saya ada sedikit duit komisen. Apa lah salahnya kalau saya belanja makcik, kata saya dalam hati saya. 

Setelah saya mempelawanya untuk minum petang, makcik tu bersetuju untuk saya membelikan sepasang kasut. Saya tidak tahu apa saiz kasutnya kerana kasutnya macam yang tak ada brand: sangat kusam dan saya tak nampak apa2 tulisan yang menggambarkan brand-nya. Rupa2nya kasutnya bersaiz 5. Saya membawanya ke tempat promosi kasut dan beliau memilih kasut yang dirasakan sesuai untuknya. Memang kena dengan bajunya waktu itu dengan kasut baru itu. 

Beliau sangat suka bila saya berkata itulah kasut yang paling cantik pernah saya lihat yang comel dan bersaiz kecil macam itu. Siap ada heel lagi dalam 2.5inci. Makcik tu cakap masa waktu muda beliau memang kerap memakai high heel waktu bekerja dan di majlis keramaian. Entah macammana makcik itu berseloroh dengan berkata: "Tak pernah orang hadiahkan makcik sepasang kasut macam ni. Daripada makcik anak dara sampai makcik dah bercucu, makcik tak pernah dapat sepasang kasut pun dari sesiapa."

Tiba-tiba saya lihat air mata makcik itu mengalir macam tak dapat ditahan2 lagi. Saya terus mendapatkan sehelai tisu untuk mengesat air matanya. Sebak betul saya lihat keadaannya sebegitu. Saya tak sanggup nak bertanya kenapa. Lama juga saya menemankan beliau melayan perasaannya menangis teresak2 akhirnya beliau bercerita satu cerita yang saya sendiri pun sangat terkejut dan sedih tak tertahan lagi. Tapi cara makcik tu bercerita lagi sedih sampai saya rasa saya sudah mengenali makcik tu selama hidup saya. 

Makcik itu berkias. Beliau mengatakan bahawa pada suatu majlis hari jadi kawan baiknya, suaminya telah menghadiahkan sepasang kasut kepada kawan baiknya itu berharga RM1,500.00 tanpa pengetahuannya. Katanya: "Makcik tak kisah kalau dia nak belikan kasut untuk orang lain, tapi kenapa nak jaja kepada semua orang yang dia beli hadiah kepada kawan baik makcik sendiri sedangkan dia tak pernah belikan makcik apa2 pun selama hidup makcik. Sedikitpun suami makcik tak pernah jaga perasaan makcik ni... kalau anak lihat kasut buruk yang makcik pakai ni, itulah simboliknya makcik nak bagitau yang makcik tak pernah mintak apa2 daripada suami dan anak2 makcik. Makcik nak mereka faham yang makcik taknak apa2 daripada mereka semua. Hanya yang makcik minta ialah tolong-lah jaga hati dan perasaan makcik. Sebagaimana kusamnya kasut makcik ni, macam tu lah mereka buat kepada makcik: seperti orang yang tak layak untuk diberi apa2 hadiah pun. Mereka hanya melebihkan orang lain daripada makcik."

[Saya tak sanggup nak menulis panjang2 lagi sebab bagi saya, apalah erti hidup makcik itu jika suaminya sendiri tidak faham dan tidak menjaga hati dan perasaannya. Mungkin saya tersilap membelikan hadiah untuk makcik itu dan menyentuh perasaannya.]

Tetapi saya tak akan pernah tersilap untuk menitiskan air mata untuk orang yang sangat menyayangi saya. Zahir hilang di hati, tetap cinta.

No comments:

Post a Comment

Ethics

Some people might be surprised when I did not want to reply greetings from a banker when I closed my banking account in a bank (no need to m...