Saya suka menulis. Terdapat kata2 saya yang terus menusuk ke dalam kalbu pembaca2 dan peminat2 saya. Saya tidak suka memberikan harapan dan janji2 manis kepada sesiapa yang meminati saya apalagi kepada mereka2 yang membenci saya.
Ada seorang PM yang menyatakan yang beliau perlukan lebih daripada 24 jam dalam sehari untuk bekerja dan lain2. Seolah2 masa dan semua yang ada di dalamnya adalah miliknya yang mutlak. Terdapat pekerja yang dibayar gaji mengikut jam. Beliau terlupa barangkali bahawa terdapat juga manusia yang tidak perlu bekerja mengikut jam untuk mendapatkan hasil.
Tatkala semua orang mengejar masa, ada ketika masa itu terlepas begitu sahaja, menghanyutkan moment untuk mendampingi orang yang sangat disayanginya sehingga terpaksa melepaskannya walau segunung emas atau mahkota kerajaan dipertaruhkan.
Sudah saya katakan, ada peminat2 saya akan tetap menangis teresak2 bila membaca tulisan saya kerana mereka sahaja yang faham apa yang saya ingin sampaikan. Bila orang yang kita sayang sudah tidak ada lagi di depan mata atau lenyap ditelan masa, apakah segala wang dan kekayaan itu dapat menggantikannya?
Bak kata orang, patah tumbuh, hilang akan berganti. Ya, memang betul perumpamaan itu. Tapi cuba bayangkan betapa seksanya batin seseorang itu untuk menyayangi seseorang yang tidak pernah wujud?
Iaitu orang yang tak pernah wujud untuk membahagiakannya.
Saya ingin bertanya, andai rindu itu berharga, berapakah nilainya?
No comments:
Post a Comment