Saturday, 13 February 2021

Bekas Perdana Menteri yang menjijikkan "dedak".

Mungkin untuk Menteri2 dan mereka2 yang belajar di Oxford University, Harvard University atau lulusan luar negara, mereka tidak perlulah disuapkan dengan artikel yang menggunakan Bahasa Inggeris sangat kerana mereka langsung tidak mengendahkan matlamat asal Subsidi Upah yang diperkenalkan bermula dari PKP 1.0 awal pada Mac 2020.


Di Amerika Syarikat (yang berstatus negara maju), negara Uncle Sam itu terus membantu rakyatnya dan bantuan itu tidak dipanggil dedak (kaedah Unemployment Benefits) kepada mereka2 yang tidak bekerja atau diberhentikan kerja oleh majikan2 mereka secara halus atau secara kasar. 


Di Malaysia (yang berstatus negara yang tak tau ke mana perginya Jho Low dan pink diamond) masih lagi PM & kunco mereka tidak fasih tentang majikan2 yang berselindung di sebalik momokan “no work no salary” dan i-sinar yang diperkenalkan oleh agensi yang tidak pernah faham tentang betapa pentingnya rumah murah bertanah (landed properties) dan kereta yang murah & berkualiti kepada rakyatnya yang telah sekian lama dijadikan hamba abdi kepada pihak Bank & kunco2 bangsat mereka membayar faedah pinjaman dan pinjaman yang membebankan selama hidup mereka.


Orang yang tidak bekerja dikatakan malas. Orang yang diberi bantuan BR1M dsbnya dikatakan memakan dedak.


Apabila saya minta kereta yang murah dan berkualiti dengan cara menulis surat kepada pihak Bank, kereta yang saya sangat2 perlukan ditarik secara sial dan keparat. 


Adakah kita perlu lagi kepada Menteri2 dan mereka2 yang bergraduasi di England dan luar negara semata2 untuk  propaganda menampakkan yang rakyat kita semua ini malas dan hanya perlukan bantuan dedak seperti yang dikatakan oleh Mantan PM dahulu dan kunco2nya?


Sehingga kini dilaporkan hampir 800,000 orang kehilangan kerja dan mengganggur di media sosial akibat pandemik Covid-19 - Tapi tak semua orang dapat Subsidi Upah yang sangat2 diperlukannya. 


Apabila tukang tarik kereta datang tarik kereta, secara automatik pemilik kereta hilang kelayakan untuk mendapatkan kereta itu apalagi untuk membuat pinjaman lain untuk kereta yang sangat2 diperlukannya.


Sudah jelas kita tak perlukan Gabenor Bank atau Perdana Menteri yang bergraduasi dari luar negara. Kerana setelah hampir 2 tahun ini, orang yang betul2 susah memerlukan kereta yang sangat2 diperlukannnya dipaksa secara halus naik Grabcar atau e-hailing dan public transport yang lain. 


Sebagaimana jijiknya artikel2 yang dikarang oleh Tun M mengecam DS Najib dalam blognya, semakin jijik pulak kita boleh lihat kereta Proton dan buatan Malaysia yang lain yang melingkar atas jalan raya kita - sama jijik dengan dedak yang disuapkan oleh malaun2 bangsat yang memilih bulu mengikut selera mereka siapa yang mereka hendak beri mengikut acuan mereka.

No comments:

Post a Comment

Ethics

Some people might be surprised when I did not want to reply greetings from a banker when I closed my banking account in a bank (no need to m...