Friday, 20 April 2018

Dilemma of Intellectual Academicians

Dilema Pekerja Warganegara Di Malaysia


Saya masih lagi berfikir apa sebab claim seseorang itu di Jabatan Akaun dilambat-kan sedangkan memang seseorang itu akan kehabisan wang pada sesuatu masa kecuali jika dia mempunyai kad kredit yang jumlah hadnya tak terhad (limitless credits).



Bila kita bercakap pasal duit, orang yang meminta2 akan sentiasa wujud di segenap tempat untuk meminta2 dan orang yang memberi itu sentiasa akan mencari helah bagaimana untuk membuatkan orang yang meminta2 itu faham supaya jangan meminta2 lagi dan cari duit sendiri dan jangan meminta2 lagi.



Seperti juga meminjam wang di Bank, walaupun loan sudah diluluskan, peminjam terpaksa bergolok bergadai sebelum pinjaman tunai dapat dikeluarkan dan merayu bertalu2 dengan pelbagai cara supaya tunai dapat digunakan segera.



Begitu juga bantuan pendidikan, ada orang yang terpaksa merayu di pejabat Zakat contohnya supaya dapat dibantu. Namun dia dapat SMS dari pejabat Zakat itu menyatakan yang kursus yang diambil itu tidak dapat dibiayai oleh Bantuan Zakat kerana Pelajar Separuh Masa tidak dibantu lagi. Ini belum lagi bantuan yang dipohon dari "sumber surplus" Syarikat Korporat dan Badan2 NGO yang lain. 



Dilema lebih teruk berlaku apabila seseorang itu ada cita2nya sendiri, tetapi terpaksa mengikut saja aliran kewangan (financial flows) yang sangat tidak memberi apa2 faedah ke arah cita2nya dan hanya meminta2 sana sini untuk pembiayaan pelajarannya. Sampai ke tua dia hidup mencari sumber untuk membiayai pelajaran dan sudah tentu dia akan ketinggalan. 



Dilema yang perlu diperhalusi oleh pekerja di Malaysia ialah untuk memaksimakan pendapatan dan mencari jalan bagaimana dia boleh menikmati financial flow yang tidak tersekat2 dan terhalang oleh Majikannya dan juga Bank2 (dan seumpamanya yang seperti lintah darat dan mereka2 yang seperti mencekik darah).



Mungkin saya tidak berseorangan untuk mengutarakan isu ini kerana ramai pekerja yang masih lagi menderita ke sana sini untuk bekerja membayar yuran Universiti yang sangat membebankan mereka. 



Baru saya faham mengapa ramai sangat graduan yang mendapat PhD. tetapi mereka tidak ada "aura" dan "charisma" yang sepatutnya ada dalam kategori intelektual sebegitu. 



Mentaliti Kelas Pertama adalah sangat subjektif. Contohnya, ramai orang yang suka merampas kereta orang lain semata2 untuk memiliki kereta secara sambung bayar kerana murah dan tidak perlu membuat pinjaman atas namanya sendiri. 




P/S: I wonder how a Ph.D student may translate this article. 

No comments:

Post a Comment

Ethics

Some people might be surprised when I did not want to reply greetings from a banker when I closed my banking account in a bank (no need to m...