Rupa-rupanya ramai pemungut hutang yang berselindung di dalam FB dan akaun sosial. Adakah mereka lebih berhak untuk merampas kereta orang yang tidak mampu lagi membayarnya atau mereka berkomplot dengan orang dalam mana2 agensi untuk mendapatkan kereta atau harta dengan cara yang pintas dan menggunakan nama orang lain dengan cara paksa dan halus.
Tidak perlulah saya beri surat kepada Gabenor Bank lagi selepas ini kerana surat yang saya beri kepada pegawai Bank yang profesional pun telah diputarbelitkan oleh mereka2 yang mempunyai agenda tersembunyi.
Mereka makan sedap mereka post dalam FB dan Instagram. Bagi saya, saya tak pernah jealous atau query pun walaupun mereka2 drive kereta mewah dll.
Tapi yang saya hairannya, ada manusia memang dilahirkan suka mendengki dan tidak boleh tengok orang lain hidup senang lenang dan mesti bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu.
Saya teringat satu rangkap puisi dari Prof Madya Dr Lim Swee Tin berbunyi lebih kurang begini: - "Janganlah gelombangku menjadi gelombang anak2 ku."
Dan tak salah kalau saya katakan memang ramai manusia dilahirkan suka melihat kehancuran dan kejatuhan orang lain.
No comments:
Post a Comment